Nuffnang

Wednesday, March 09, 2011

tapak tangan berpeluh..

ermmm....tapak tangan sgt BERPELUH & jgk kaki ye..
rase sgt la annoying bila keadaan mcm ni...

tak suke..tak suke..


ingat dulu masa exam ( tak kire la exam ape - UPSR ke, PMR ke & etc..)
comfirm tapak tangan ni klu tak berpeluh2 mmg tak sah..
da la nk concerntare nk jwb soklan peksa ni..pastu nk lap2 lagi tapak tangan yg basah ni klu tak paper soklan tu mesti basah nye la.. adoyai, mcm buang masa je..
article2 dr link ni yg bolih dibaca
hyperhydrosishyperhydrosis2

sedikit penerangan dr article2 ni:

"..Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.

Dalam kebanyakan kes, ada pakar yang melihat hiperhidrosis ada kaitan genetik. Biasanya pesakit yang dirawat adalah adik beradik.
.."

Rawatan yg paling terjamin + selamat adalah membuat pembedahan..
sgt takoot woo..nk bedah2 ni

"..pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic Trans Thoracoscopic Sypathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.."

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. 
Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

k0rang ada tak masalah yg sama mcm ni???



2 comments:

  1. yup.. aku pn HH gak.. mmg rimas giler.. nak wat keje satu hal, nak salam org lg la ber hal2.. mmg kne alert jgn ade org tersentuh tapak tgn ni.. tensen gak kadang2.. tp kne bersyukur gak sb tgn je berpeluh drpd xde tngn terus.. :)

    ReplyDelete
  2. ermm..ye la, nk wat camne redha je la, klu jenis reti bwk sapu tangan takpe..klu tisu comfirm lunyai tisu tu..
    bersyukur sb masih ada tangan lagi klu nk banding dgn org yg takde tangan tu..huhuhuhu

    ReplyDelete